Sunday, 20 November 2016

MENGKAJI TENTANG PENANAMAN KELAPA SAWIT YANG MODEN

SIME DARBY PANTATION

Sime Darby Plantation berpengalaman dalam kajian pembiakan minyak sawit, kumpuan elite menganalisis kod genetik yang dapat mengenalpasti ciri-ciri genetik kelapa sawit yang berhasil tinggi. Kumpulan tersebut kemudiannya menghasilkan formula yang dapat meramalkan hasil kelapa sawit dengan menggunakan ujian genetik.
Melalui analisi genetik dan pemilihan, Sime Darby dapat memilih kelapa sawit yang mempunyai ideotype yang boleh meningkatkan kadar hasil sehektar tanaman ini. Ini membantu Sime Darby Plantation dapat terus memenuhi permintaan dunia terhadap minyak sawit dan lemak tanpa meningkatkan penggunaan tanah mereka.
Sime Darby Plantation menggunakan teknologi enzim yang moden untuk menyeseuaikan ciri-ciri fungsi minyak sayuran. Teknologi ini digunakan terutama enzim yang moden untuk mengeluarkan minyak sawit yang bekualiti tinggi untuk kegunaan spread kepada pengguna dan marjerin bakeri. Teknologi enzim adalah berdasarkan konsep hijau kerana ia menggunakan kurnag tenaga, tidak menggunakan bahan kimia dan menghapuskan sisa air.
Sime Darby R&D Perkhidmatan Mamkal diiktiraf sebagai "World-Class" yang merupakan perkhidmatan makmal yang telah dianugerahkan oeh Presiden Institut Kimia Malaysia Anugerah Makmal (IKM) pada tahun 2014. Anugerah ini merupakan salah satu anugerah yang mempunyai status yang tinggi disampaikan oleh IKM dan dikurniakan kepada makmal yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam amalan kimia. Makmal Sime Darby telah dicalonkan dalam makmal yang amat kompetitif dari kategori Industri di mana ia menang terhadap persaingan seperti Makmal Petronas.




Produk yang utama berasaskan kelapa sawit adalah minyak sawit, produk laurik dan minyak cecair. Selain daripda itu, kelapa sawit juga menghasilkan produk dalam bidang makanan, bukan makanan dan juga produk pengguna.



Produk minyat sawit 


Produk laurik  


Minyak cecair




Disediakan Oleh :
Hor Ching Yung (245640)


No comments:

Post a Comment